Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Elly Mazlein Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Haider Mateen

Penyanyi dan juga personaliti TV, Elly Mazlein dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pada awal pagi Sabtu.

Advertisement

Elly yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina itu turut mengumumkan mengenai berita gembira itu di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Elly turut memperkenalkan anak lelakinya itu dengan nama Haider Mateen  bin Mohamad Azlan di mana bayi tersebut telah dilahirkan sekitar jam 12.23 pagi semalam.

Advertisement

Assalamualaikum, Alhamdulillah Kak Lina selamat bersalin tadi. 23 Oktober 2021, jam 12.23 pagi tadi. Terima kasih segala doa. Dengan ini kak Lina nak memperkenalkan anak kedua kak Lina, Haider Mateen bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider…

Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada ahli keluarganya kerana telah menjaga kebajikan sepanjang tempoh hamil sehinggalah bersalin.

Menjengah ke ruangan komen,peminat dan juga rakan artis tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran itu serta turut mengucapkan selamat berpantang buat pelakon drama Kampung People itu.

Sekadar info, Elly telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama suami, Mohamad Azlan Che Nuh pada 18 Januari 2020.

Elly juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Puteri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun, hasil perkongsian hidup dengen bekas suami, Azmi Hatta.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Elly Mazlein Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Haider Mateen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.