Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Maryam You Narae Dan Rizal Selamat Timang Anak Sulung, Beri Nama Anak Rina

Personaliti media sosial dan juga Youtuber, Maryam You Narae dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Ryzal Ibrahim pada awal pagi tadi.

Advertisement

Perkhabaran gembira itu dikongsikan pasangan tersebut di media sosial Instagram untuk tatapan peminat.

Ujar Maryam, dia berasa sangat bersyukur kerana urusan melahirkan cahaya mata mereka itu telah pun dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Advertisement

Alhamdullilah. Baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin. Terima kasih semua doakan saya.

Dalam hantaran berasingan, suami Maryam turut membuat entri di Instagram memaparkan dirinya sedang memeluk erat puteri sulungnya itu.

Selain itu, pasangan ini mengumumkan nama puteri sulung mereka sebagai Rina, simbolik kepada Rizal dan Narae.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah di atas kelahiran tersebut dan mendoakan agar kesihatan bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sekadar info, Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Maryam You Narae Dan Rizal Selamat Timang Anak Sulung, Beri Nama Anak Rina first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.