Ads Top

Main Ad

(TAHNIAH) Penyanyi Azzam Shah Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Penyanyi yang juga bekas juara program Big Stage 2020, Azzam Shah dilaporkan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Sheryl Shazwanie.

Advertisement

Berita gembira itu dikongsikan Azzam menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Tampil cantik manis berbusana biru muda keduanya, Azzam juga mengucapkan rasa syukur kerana urusan pertunangan berjalan dengan lancar.

Advertisement

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T. yang Maha Penyayang. 30.09.2021. #officiallyengaged. Mohon doa dan kasih sayang kalian untuk permudahkan urusan kami di peringkat seterusnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat termasuk rakan artis turut mengucapkan tahniah kepad Azzam dan Sheryl di atas berita pertunangan tersebut.

Perkembangan lain, Azzam kini bergelar juri bagi program All Together Now Malaysia (ATNMY) yang ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post (TAHNIAH) Penyanyi Azzam Shah Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.