Ads Top

Main Ad

“Tak Jadilah, Saya Dah Tekad…” – Iqbal Sudah Tawar Hati Dengan DSV

Setelah dihurung dengan pelbagai kontroversi, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli berkata rancangannya untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada hujung tahun ini dibatalkan.

Advertisement

Iqbal, 27, nekad dengan keputusannya itu dan meluahkan bahawa dia sudah tawar hati. Dia memilih untuk tidak meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman.

Iqbal DSV

Saya tak nak berfikir lagi, jadi saya bagitahu secara jelas pada Datuk Seri Vida perkahwinan kita tidak jadi sebab saya tak akan bahagia berada dalam keluarga dia.

Iqbal yang sebelum ini lantang meluahkan perasaannya terhadap Vida kini tekad membawa diri untuk mengalihkan perhatiannya seketika.

Advertisement

Kisah percintaan usahawan kosmetik terkenal itu telah banyak menjadi bualan netizen dan ada juga yang mempersendakan kisah percintaan mereka.

Sebaliknya, usaha yang dilakukan oleh Iqbal itu adalah bagi membuktikan cintanya terhadap DSV bukanlah atas sebab wang dan harta semata-mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Jadilah, Saya Dah Tekad…” – Iqbal Sudah Tawar Hati Dengan DSV first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.