Ads Top

Main Ad

Tak Mahu Reputasi Nyanyian Rosak, Misha Omar Tangguh Rawatan Kesuburan

Penyanyi popular Misha Omar terpaksa membatalkan hasratnya untuk menambah cahaya mata bagi merealisasikan impiannya untuk menjayakan konsert solo Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang bakal berlangsung pada 30 Oktober depan.

Advertisement

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar berkata demi kecintaan terhadap nyanyian, dia sanggup menangguh buat seketika perancangannya untuk hamil anak kedua.

Saya tangguh sebentar menjalani rawatan kesuburan demi rasa cinta menggunung untuk konsert ini yang juga merupakan salah satu impian saya sebagai anak seni.

Penyanyi lagu Tanpa Rela itu turut berkata doktor juga tidak menghalang perkara itu dan dia percaya jika ada rezeki untuk mendapatkan zuriat, pasti Tuhan akan permudahkan urusannya. Misha memaklumkan OSK merupakan konsert terakhir sebelum dia menyambung semula usaha #menjejakkhadeja.

Ini pengorbanan yang saya lakukan demi cinta saya terhadap nyanyian. Tak apa, anak boleh tunggu, ‘tunggu ibu ya sayang’,” katanya lagi.

Selepas lima tahun menimang cahaya mata sulung, Misha atau mesra disapa Kak Mitch pernah mendedahkan dia kini sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Misha Omar

Advertisement

Misha, 40, menjelaskan dia sudah menjalani ujian hormon Anti-Mulleroian (AMH) menerusi pengambilan darah untuk mengetahui tahap kesuburan.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bunga Bunga Cinta itu turut berkata bahawa dia telah mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja sebagai pembakar semangat untuk dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Mahu Reputasi Nyanyian Rosak, Misha Omar Tangguh Rawatan Kesuburan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.