Ads Top

Main Ad

“Tak Pandai Masak Takpe, Kalau Pemalas Tak Boleh Tolong..” Che Ta Kongsi Tips Ambil Hati Ibu Mertua

Pelakon jelita, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta ada meninggalkan tips buat wanita yang ingin mendirikan rumah tangga kelak.

Advertisement

Jelas Che Ta, kaum wanita haruslah menghindari sifat pemalas dan setidak-tidaknya tahu untuk membuat kerja-kerja rumah.

Tambahnya lagi, anak perempuan juga tidak digalakkan untuk bangun lewat kerana banyak perkara yang boleh dilakukan sejak awal pagi.

Advertisement

Kami nak bagi tips: Anak dara wajib ringankan tangan tu bersihkan rumah, kemas rumah sapu sampah ka atau buat apa yang patut. Jangan dok malas, bangun wajib awal jadi boleh siapkan banyak benda.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Kalau tak pandai masak tak apa boleh belajar sikit sikit tapi kalau pemalas memang tak boleh tolonglah melainkan diri sendiri. Baru la bakal mak mentua sayang. Tak gitu?

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyatakan pandangan yang sama malah ada juga yang menitipkan ucapan terima kasih di atas peringatan tersebut.

Perkembangan terkini, Che Ta kini sedang dalam rangka promosi drama terbaru lakonannya yang berjudul Tahyul yang kini ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Pandai Masak Takpe, Kalau Pemalas Tak Boleh Tolong..” Che Ta Kongsi Tips Ambil Hati Ibu Mertua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.