Ads Top

Main Ad

Tak Perlu Bersesak, Hairul Azreen Bawa Hanis Zalikha, Anak-Anak Naik Helikopter Bercuti Di Pulau

Jika orang ramai berpusu-pusu menempah tiket penerbangan untuk bercuti sejak sempadan negeri dibuka semula, pasangan selebriti Hairul Adzreen dan Hanis Zalikha pula bercuti dengan penuh gaya.

Advertisement

Masakan tidak, mereka tidak perlu bersesak dengan orang ramai di lapangan terbang kerana menempah sebuah helikopter untuk percutian ke sebuah pulau.

Melalui perkongsian hantaran video di Instagram pasangan ini, dipercayai Hairul sekeluarga bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Redang, Terengganu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Advertisement

Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 33, percutian tersebut adalah yang pertama buat anak keduanya, Alisa.

Alisa pertama kali bercuti, baby MCO

Sementara itu, rakan artis dan peminat turut teruja melihat gaya percutian mewah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2015 itu.

Hairul Azreen sekeluarga

Perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa selama satu jam 20 minit kongsi Hairul menerusi sebuah lagi video di Insta Story, namun pelakon itu tidak mendedahkan lokasi pulau yang menjadi destinasi percutian mereka sekeluarga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tak Perlu Bersesak, Hairul Azreen Bawa Hanis Zalikha, Anak-Anak Naik Helikopter Bercuti Di Pulau first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.