Ads Top

Main Ad

“Tak Pernah Minta, Kalau Ada Saya Terima..” Elyana Terharu Sokongan Peminat, Akui Segan Meminta-Minta

Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana berkata dirinya sangat terharu dan berbesar hati dengan usaha sesetengah pihak yang membantu dan menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan kanser limfoma yang dihidapinya kini.

Advertisement

Elyana yang dihubungi media memaklumkan bahawa dia sebenarnya segan untuk meminta-minta bantuan daripada orang ramai atas kesakitan yang dihidapinya sejak sekian lama itu.

Ujarnya lagi, dia menerima banyak mesej daripada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu ditanggung olehnya telah disiarkan oleh media.

Advertisement

Saya pada awalnya memang tak pernah terfikir atau terlintas apatah lagi mahu meminta belas ihsan daripada orang lain.

Jujur saya terharu dan tidak tahu nak kata apa. Ramai mesej (DM) saya dalam Instagram nak hulur bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu saya tanggung disiarkan.

Tambah Elyana lagi, dia juga telah dihubungi bekas pengurus syarikat rakaman, Sam Samin yang meminta kebenarannya untuk menyiarkan nombor akaun bank bagi mengumpul dana bantuan.

Jelasnya lagi, dia perlu mengambil ubat khas berupa antibodi berharga RM50,000 itu mulai hari Jumaat ini. Kata Elyana, doktor telah menyarankan agar ubat itu perlu diambil sebanyak lima kali mengikut jadual yang ditetapkan.

Pelakon drama Dunia Baru itu mengakui dia masih belum cukup dana untuk membeli ubat itu namun akan tetap menjalani rawatan kemoterapi seperti biasa.

Terdahulu, Elyana meluahkan rasa risau dan buntu apabila memikirkan kos sesi kedua rawatan kemoterapi yang akan dijalani bakal menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang akan dijalankan pada Jumaat ini.

Dia yang telah menghidap penyakit kanser Limfoma sejak sepuluh tahun yang lalu itu memaklumkan sel-sel kanser tersebut telah pun menyerang beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan juga pangkal paha.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Pernah Minta, Kalau Ada Saya Terima..” Elyana Terharu Sokongan Peminat, Akui Segan Meminta-Minta first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.