Ads Top

Main Ad

“Tak Pernah Tanya Pun Siapa Pelakon Lelaki..” – Amelia Henderson Tak Memilih

Pelakon jelita Amelia Henderson berkata dia tidak pernah memilih siapa hero yang perlu berlakon dengannya, termasuk pelakon lain yang terbabit.

Advertisement

Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson antara pelakon wanita yang cukup bertuah kerana dapat berganding dengan barisan pelakon lelaki hebat tanah air. Sekali gus menjadikan namanya terus mekar dalam bidang lakonan.

Amelia, 21, yang mula berlakon dari usia kanak-kanak bukan bermaksud mendabik dada dengan segala pengalaman yang dimiliki. Sebaliknya, akui dia teruja untuk bekerja dengan semua orang.

Advertisement

Saya percaya pada rezeki. Bukan saya yang kawal untuk siapa berlakon dan sebagainya. Tapi kita kena percayakan semua yang terbabit dalam projek tersebut.

Pelakon dalam drama Kisah Cinta Kita itu berkata dia tidak pernah bertanya siapa pelakon lelaki dan lain-lain, ia lebih bergantung pada masa.

Amelia Henderson

Menurut Amelia, apa yang menjadi pertimbangannya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah skrip dan watak kerana itu yang lebih dia pentingkan berbanding siapa pelakonnya. Industri kita kecil sahaja, jadi Amelia mahu ada peluang untuk bekerja dengan ramai orang.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tak Pernah Tanya Pun Siapa Pelakon Lelaki..” – Amelia Henderson Tak Memilih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.