Ads Top

Main Ad

“Takdir Yb Pun Di Tangan Allah” – Rita Rudaini Dan Zul Yahya Respon Kenyataan Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ hidup antivaksin supaya mereka berterusan tidak menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksin.

Advertisement

Perkara ini sudah tentu mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. Selebriti yang menolak vaksin Covid-19 iaitu Zul Yahya dan Rita Rudaini turut menyuarakan pendapat.

Dalam satu hantaran di Instagram, Zul Yahya berkata golongan menolak vaksin bukanlah penjenayah atau pengganas yang perlu disekat kebebasan untuk hidup dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70)

Advertisement

Jelasnya, ada di antara mereka terdiri daripada orang-orang alim dan memberi sumbangan membantu negara serta rakyat.

Makna ikhtiar itu luas @khairykj. Simpan perkara ini sampai ke akhirat. InsyaAllah kamu menuntut di dunia, kami menuntut di akhirat.

Sementara itu, Rita Rudaini turut memberi respon kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

rita rudaini

Menurutnya, sebagai ‘prosafe’ dia berhak menyuarakan hak sebagai rakyat Malaysia yang turut sama membayar cukai seperti individu lain.

So antivaksin ke prosafe ke saya menyuarakan hak sebagai rakyat yang bayar tax, bayar roadtax, bayar cukai pintu, bayar macam-macam lagi. Takkan bersuara pasal hak pun dikatakan melawan kerajaan? Kita bukan buat jenayah apatah lagi menghasut cuma?

Dia turut mempersoalkan adakah dia dianggap melawan kerajaan semata-mata kerana bersuara mengenai haknya.

Selain tidak dibenarkan merentas negeri, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan mungkin akan mewajibkan golongan tolak vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara minggguan. Kos ujian tidak akan ditanggung kerajaan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Takdir Yb Pun Di Tangan Allah” – Rita Rudaini Dan Zul Yahya Respon Kenyataan Khairy Jamaluddin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.