Ads Top

Main Ad

Tampil Serba Putih Seperti Hari Nikah, Izara Aishah Dipuji Peminat Cantik Ketika Makan Malam

Sekali lagi mencuri tumpuan, pelakon Izara Aishah tampil jelita dengan busana putih ala hari nikah ketika sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran bertempat di ibu kota.

Advertisement

Jelas Izara, makan malam berdua itu diadakan bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu.

Momen indah itu turut dikongsikan Izara menerusi beberapa hantaran di media sosial untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Dalam foto tersebut, Izara telah mengenakan sepasang jubah putih longgar putih berseri dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji busana yang dipakainya serta kecantikan semula jadi pelakon itu.

“Pergi dating ke pergi nikah ni cantiknya..” puji seorang netizen.

Advertisement

“Salam, cantiknya awak! Macam nak pergi nikah..” sahut seorang lagi peminat.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat puluhan ribu tanda suka daripada pengguna media sosial.

Sekadar info, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri penyanyi tersohor negara, Adib Khalid pada tahun 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tampil Serba Putih Seperti Hari Nikah, Izara Aishah Dipuji Peminat Cantik Ketika Makan Malam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.