Ads Top

Main Ad

‘Teman’ Suami Memandu, Wanita Ini Kongsi Tips Tukar Suara Asal Waze Kepada Suara Sendiri

Pastinya ramai sudah sedia maklum dengan kewujudan aplikasi seperti Waze dan Google Maps yang sangat berguna untuk mereka yang ingin mendapatkan petunjuk jalan dan mengelakkan kawasan sesak ataupun sekatan jalan raya.

Dan sudah tentu anda terbiasa dengan suara penunjuk jalan yang selalunya dirakam secara umum oleh aplikasi tersebut.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang wanita berkongsi tentang bagaimana caranya jika anda ingin menukar suara asal penunjuk jalan itu kepada suara sendiri. Menarik!

@dianjaunahcantikkayaNak elak dia ngantuk sbb selalu drive keje jauh


Dalam video tersebut, wanita tersebut berkongsi sedikit sedutan video memaparkan suaminya sedang memandu menggunakan waze di mana suaranya telah menjadi ‘peneman’ dan memberi arahan penunjuk jalan.

Advertisement

Malah, suaminya juga seolah-olah suka dan lebih bersemangat ketika memandu kerana ditemani suara manja sang isteri.

Wanita itu kemudiannya menunjukkan langkah demi langkah tentang bagaimana caranya menukar suara asal penunjuk jalan kepada suara sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihatkan tips tersebut dan tidak sabar untuk mencubanya!

Komen TikTokSumber : TikTok  

Korang nanti boleh la ‘try’ dekat aplikasi Waze pasangan masing-masing ya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Teman’ Suami Memandu, Wanita Ini Kongsi Tips Tukar Suara Asal Waze Kepada Suara Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.