Ads Top

Main Ad

Terima Banyak Permohonan Jadi Madu Poligami, Ezlynn Terkejut Dengan Sokongan Padu Para Wanita

Penyanyi Ezlynn sebelum ini meluahkan hasrat untuk melengkapkan jumlah empat isteri buat suaminya, Wan Mohd Hafizan Wan Ismail,45, sekaligus bersetuju untuk mengamalkan poligami dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Advertisement

Niat baiknya itu kemudian disambut secara positif oleh ramai wanita-wanita di luar sana yang nampaknya, sudi berkongsi kasih dengan penyanyi itu.

Jelas Ezlynn, hasrat untuk membenarkan suaminya itu berpoligami sebenarnya sudah lama tersemat di hati sebelum bertemu jodoh dengan teman hidupnya kini malah pernah disuarakan kepada Wan Mohd Hafizan beberapa hari sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Advertisement

 

Saya kongsikan pencarian misi empat madu itu di dalam laman sosial namun dengan persetujuannya dahulu memandangkan perkara sebegini tetap bergantung kepada keputusannya.

 

Bagi saya, suami adalah milik Allah dan kebahagiaan suami penting dan ia adalah segala-galanya. Saya hanya mahu mencari saham akhirat dengan reda serta syafaat Rasulullah.

 

Selain berjumpa sendiri beberapa calon, menerusi hebahan di laman sosial saya terkejut apabila ada ramai lagi wanita yang sedia hidup bermadu.

Ezlynn yang kini bergelar isteri kedua turut memberitahu bahawa terdapat sekitar lima orang wanita telah menghubunginya dan menyatakan kesediaan untuk hidup bermadu.

Terdahulu, penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu mendirikan rumah tangga bersama penderma hati pertama negara itu pada awal September yang lalu.

Perkenalan mereka dilaporkan mula terjalin ketika sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sekitar tahun 2020.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terima Banyak Permohonan Jadi Madu Poligami, Ezlynn Terkejut Dengan Sokongan Padu Para Wanita first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.