Ads Top

Main Ad

Terkena Jangkitan Kudis Herpes, Syafiq Farhain Nafi Ia Penyakit Kelamin

Penyanyi Syafiq Farhain mengakui dia sering terkena jangkitan kudis herpes sehingga menjejaskan kegiatan hariannya sehari-hari.

Advertisement

Ujar Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim,27, kudis itu akan timbul sebaik sahaja dia sembuh daripada demam panas.

Meskipun begitu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini menjelaskan bahawa kudis itu bukanlah penyakit kelamin yang sering terjadi akibat aktif hubungan seksual dan bertukar-tukar pasangan.

Syafiq FarhainSumber : Instagram Syafiq Farhain  

Herpes ni virus ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HB-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin. Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir.

Advertisement

Jarang orang kena penyakit ni dan doktor beritahu virus yang saya kena ini memang dah ada dalam badan saya cuma aktif atau tidak sahaja. Dua hari lepas saya demam dan rasa tak sedap badan tapi saya masih lagi nak bersukan, malam tu suhu naik tinggi.

Selain itu, Syafiq berkata dia perlu berhati-hati agar kudis tersebut tidak merebak ke kawasan lain dan perlu dirawat sebaiknya.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi lagenda Allahyarham Saleem ini juga berkata bahawa dia berasa sangat sukar untuk makan, bercakap dan menyanyi.

Dia yang kini sedang berehat di rumah turut menjaga hal ehwal pemakanan seperti tidak memakan daging untuk sementara waktu.

“Selain jaga makan saya kena rehat dulu kat rumah dalam beberapa hari. Kena makan antibiotik, ubat sapu dan ubat gatal..” kata Syafiq ketika ditemubual sebuah portal media, baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terkena Jangkitan Kudis Herpes, Syafiq Farhain Nafi Ia Penyakit Kelamin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.