Ads Top

Main Ad

Terlajak ‘Konar’, Sharnaaz Ahmad Lantik Diri Sendiri Jadi Presiden Kelab Duda Ganti Fizo Omar

Pelakon Sharnaaz Ahmad khabarnya bersedia untuk menggalas ‘tanggungjawab’ bergelar presiden kelab duda terlajak konar yang terdiri daripada beberapa selebriti tanah air.

Advertisement

Memaklumkan mengenai perkara itu secara berseloroh, Sharnaaz dalam pad itu turut menzahirkan perasaan gembira apabila rakan artis, Fizo Omar selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua setelah beberapa tahun bergelar duda anak satu.

Advertisement

Dengan ini, aku sebagai timbalan presiden persatuan duda Malaysia, menggalas tugas sebagai presiden secara automatik dengan cakna dan yakin. Aku janji pada tuan dan puan, saya akan bahagi kasih seadilnya! Presiden Duda-Duda Terlajak Konar Semalaya.

Bait-bait gurauan itu dikongsikan Sharnaaz menerusi sebuah komen yang ditinggalkannya di foto perkahwinan dimuat naik Fizo.

Gurauan tersebut turut disahut seorang lagi artis lelaki yang juga seorang duda, Nazim Othman.

Nazim Othman IG StorySumber : Instagram Nazim Othman  

Terdahulu, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar,36, dilaporkan telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Fazeera sekitar jam 10 pagi semalam bertempat di sebuah masjid di Janda Baik, Pahang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Terlajak ‘Konar’, Sharnaaz Ahmad Lantik Diri Sendiri Jadi Presiden Kelab Duda Ganti Fizo Omar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.