Ads Top

Main Ad

“Tersedar Je Dah Dalam Ambulans..” – Zul Ariffin Kongsi Detik Dikejarkan Ke Hospital

Selepas mengejutkan peminat dengan berkongsikan hantaran foto sedang terlantar di katil hospital, pelakon Zul Ariffin berharap agar masalah kesihatannya tidak terlalu membimbangkan orang ramai.

Advertisement

Menurut Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, beliau sekarang ini berada dalam keadaan baik dan sudah kembali bekerja seperti biasa.

Saya pun tak ingat waktu tu, selepas tiga jam saya tak ingat apa-apa. Apabila tersedar je dah dalam ambulance.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Dalam pada itu, Zul turut berkata pada pihak mStar, keadaan pandemik yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu bukanlah penyebab dirinya jadi seperti itu.

Saya bukan jenis yang suka kongsi apa yang saya buat. Alhamdulillah saya masih hidup.

Zul Ariffin

Pelakon tersebut berkongsikan perkembangan kesihatan dirinya ketika sidang media filem Penunggang Agama 2 yang diadakan secara maya, semalam.

Sekadar info, Ahad lalu, Zul dikejarkan ke hospital disebabkan tekanan darah tinggi dan menerima rawatan selama kira-kira empat jam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Tersedar Je Dah Dalam Ambulans..” – Zul Ariffin Kongsi Detik Dikejarkan Ke Hospital first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.