Ads Top

Main Ad

Teruja Nak Rentas Negeri? Ini Peringatan Daripada Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah menerusi Instagram Story miliknya ada menitipkan sedikit pesanan buat mereka yang teruja untuk memulakan perjalanan rentas negeri susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri semalam.

Ujar Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman,28, dia berharap agar orang ramai menggunakan peluang ini sebaiknya dan sentiasa menjaga diri agar kes positif COVID-19 tidak kembali meningkat.

Advertisement

Alhamdulillah tapi jaga diri okey. Jangan sampai kes naik semula. Tolonglah. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.

Dia dalam pada itu turut memohon kepada orang ramai agar menjalani ujian RTK sebelum pergi dan setelah pulang daripada perjalanan mereka.

BACA: “Kenapa Makin Kurus..” – Peminat Risau Wajah Mira Filzah Kelihatan Cengkung

Mira Filzah IG storySumber : Instagram Mira Filzah  

Hendak pergi mana-mana, lakukanlah ujian RTK-Ag sebelum dan bila sudah pulang.

Terdahulu, rakyat Malaysia menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila Perdana Menteri mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri mulai hari ini setelah hampir 2 tahun ianya tidak dibenarkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Teruja Nak Rentas Negeri? Ini Peringatan Daripada Mira Filzah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.