Ads Top

Main Ad

“Wanita Adalah Berani” – Dolla Perjuang Semangat ‘Feminisme’

Kumpulan penyanyi wanita Dolla berjaya mencipta populariti sejak berpijak dalam industri muzik sejak dua tahun lalu. Kumpulan yang semakin terbang tinggi itu dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby.

Advertisement

Sering membawakan lagu bertema memperkasa wanita, Dolla membuktikan kemampuan diri mereka sebagai girl band yang pantas mendapat tempat di hati peminat.

Tabby mengakui Dolla mempunyai konsep memperkasa wanita memandangkan semua anggotanya terdiri daripada kaum wanita. Namun, mereka tetap menyokong semua orang bukan saja wanita.

Advertisement

Wanita mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk melakukan apa saja yang mereka impikan. Selagi ada usaha pasti ada jalan untuk berjaya

Ia menjadi matlamat bagi kumpulan itu untuk membuktikan wanita adalah berani. Dolla sedar kebanyakan wanita takut membuat perubahan atau keluar dari kehidupan hanya kerana kata-kata negatif yang dilemparkan.

Dolla

Menerusi single terbaharu berjudul Berani, Dolla menyampaikan mesej wanita tidak perlu takut dengan persepsi negatif atau kecaman yang boleh melunturkan semangat.

Single Berani ciptaan John Jeeves dan Firdaus Rahmat itu bukan sekadar memperjuangkan semangat ‘feminisme’, malah boleh menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang menghadapi masalah kehidupan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Wanita Adalah Berani” – Dolla Perjuang Semangat ‘Feminisme’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.