Ads Top

Main Ad

Wany Hasrita Pakai Tudung Senteng, Peminat Kecewa

Dengan tidak semena-mena, penyanyi Wany Hasrita menjadi bahan bualan netizen apabila dia ada menggayakan stail tudung yang didakawa agak singkat dan tidak menutup dada oleh peminat.

Advertisement

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah,29, tampil menggayakan busana berona kelabu biru bersama gaya tudung yang jarang sekali ditunjukkan penyanyi itu sebelum ini.

Dia difahamkan baru sahaja menghadiri acara televisyen apabila kelihatan bergambar bersama penyanyi Sophia Liana.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pula peminat yang tampil meninggalkan komen ‘terkejut’ dan kecewa dengan penampilan terbaharu Wany.

Malah, ada yang berkata penyanyi lagu Menahan Rindu ini telah terikut-ikut dengan trend semasa.

“ini mesti terikut-ikut. Nak merasa pakai tudung nampak dada. Moga cepat-cepatlah berubah daripada buruk kepada baik bukan sebaliknya.” tulis seorang pengguna media sosial.

“Dia idola aku. Tapi sekarang tudung pun dah singkat, rasa sedih pun ada.” sahut seorang lagi peminat dengan nada kecewa.

Meskipun dihujan komen-komen seperti itu, Wany tidak pula tampil memberikan komen balas dan meneruskan hidup seperti biasa.

Terdahulu, Wany pernah dihentam teruk oleh netizen apabila muncul dengan gaya ‘pelik’ pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) Disember lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Wany Hasrita Pakai Tudung Senteng, Peminat Kecewa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.