Ads Top

Main Ad

Yonnyboii Risau Dua Tahun Tiada Tawaran Kerja

Selepas berdepan dua tahun pandemik Covid-19, penyanyi Yonnyboii akui rindu untuk kembali berkarya dalam industri. Dia juga mahu kembali beraksi dihadapan peminat.

Advertisement

Namun, Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin menyedari impiannya untuk membuat persembahan diatas pentas masih samar dan terpaksa menggunakan media sosial sebagai platform untuk berinteraksi bersama peminatnya.

Yonnyboii

Penyanyi lagu Salahku itu kini membiasakan dirinya dengan komuniti atau peminat muzik dengan menghasilkan kandungan kreatif di laman sosialnya. Dia juga beranggapan setiap rakaman persembahan yang dilakukannya dirumah secara virtual seperti membuat persembahan diatas pentas.

Kerinduan nak buat persembahan dengan khalayak ramai hingga kini terus membuak-buak tapi semua itu nampak masih samar dengan keadaan kes harian Covid-19 yang turun naik.

Begitu juga dengan impiannya untuk mengadakan konsert masih lagi belum menjadi kenyataan. Yonny, 23, berharap agar keinginannya itu dapat direalisasikan. Dia juga turut akui terkesan apabila tiada sebarang persembahan pentas sejak dua tahun lalu. Namun, Yonny memilih untuk terus kekal positif berdepan dengan pandemik yang melanda negara.

Masa down itu macam-macam dalam fikiran termasuk fikir tiada tawaran kerja bagaimana nak survive, namun saya percaya rezeki itu ada dengan izin-Nya.

Advertisement

Dalam pada itu, Yonnyboii bakal melancarkan album penuh berjudul Yonny (Deluxe Version) yang menghimpunkan sembilan karyanya dari E.P terdahulu termasuk dua lagu baharu sebagai trek bonus iaitu Tak Sangka dan Angel.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Yonnyboii Risau Dua Tahun Tiada Tawaran Kerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.