Ads Top

Main Ad

Zarina Zainuddin Ditegur Suami Gara-Gara Muat Naik Video Bersenam Sambil Melompat Di IG

Pelakon senior Zarina Zainuddin memaklumkan bahawa dia ada ditegur suami kesayangan, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar susulan sebuah video yang dikongsinya di laman Instagram, baru-baru ini.

Advertisement

Ujar Zarina, teguran itu diberikan suaminya setelah dia memuat naik video bersenam sambil melompat bersama anak lelakinya, Azal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Perkara tersebut turut dikongsikan Zarina menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya untuk tatapan peminat dan video tersebut turut dipadam oleh pelakon drama Kau Bidadari itu.

Semalam saya dapat teguran dari suami tentang video saya bersenam lompat-lompat dalam bilik dengan Azal. Suami cakap kita hidup dalam masyarakat, semua nak kena jaga. Akaun IG saya dipantau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya.

Advertisement

Tambahnya lagi, ahli keluarganya mempunyai kata laluan Instagram dan jika ada kandungan yang dirasa tidak sesuai, pasti akan dipadam dengan serta merta.

Keluarga Zarina ZainuddinSumber : Google  

Dalam pada itu, Zarina meluahkan rasa syukur kerana mempunyai ahli keluarga yang prihatin dan sering membimbingnya jika ada berbuat salah.

Sekadar info tambahan, Zarina telah mendirikan rumah tangga dengan suami dan bergelar isteri kedua pada 13 Julai 1993.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu kembar Azal dan Azil,25, Naim Azraidan,18, dan Adam Azrai yang kini berusia 15 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Zarina Zainuddin Ditegur Suami Gara-Gara Muat Naik Video Bersenam Sambil Melompat Di IG first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.