Ads Top

Main Ad

“Apa Kesalahan Sajat Dan Rewcastle Brown? PDRM Patut Cari Jho Low Bawak Dia Balik” – RSN Rayer

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengubah tumpuan mereka dalam mencari individu yang betul-betul dikehendaki.

Advertisement

Menurutnya, pencarian seharusnya perlu lebih fokus kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho serta Jho Low dan bukannya mencari Clare Rewcastle Brown serta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Apa kesalahan Nur Sajat? Apa kesalahan Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low, cari dia sampai lubang cacing, bawa dia balik ke negara kita.

Tambahnya lagi, beliau meminta agar PDRM untuk tidak membazirkan masa serta tenaga mereka dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat seperti mencari Sajat.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika membahaskan di peringkat dasar Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 (Bajet 2022) semalam.

RSN Rayer & Sajat

Sekadar info, PDRM sekarang ini sedang menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa negara Thailand dan Australia berhubung keberadaan sebenar usahawan sensasi, Nur Sajat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Apa Kesalahan Sajat Dan Rewcastle Brown? PDRM Patut Cari Jho Low Bawak Dia Balik” – RSN Rayer first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.