Ads Top

Main Ad

“Banjir Dan Air Pasang Bukan Tempat Untuk Bermain Mahupun Bersuka Ria” – Pihak Bomba

Seperti yang kita tahu, fenomena air pasang kian menjadi kebimbangan orang ramai ketika ini dan sudah tentunya membatasi aktiviti riadah buah sementara waktu.

Advertisement

Oleh kerana itu, orang ramai dinasihati agar tidak menjadikan ia sebagai satu tempat untuk bersuka ria demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, terdapat kemungkinan yang besar sesuatu perkara buruk akan berlaku walaupun aktiviti yang dilakukan untuk beriadah atau tujuan hiburan.

Air pasang dan banjir bukan tempat untuk bermainSumber : Google  

Masyarakat kita beranggapan banjir, termasuk juga air pasang itu bukan bencana kerana keghairahan untuk bermain air.

Tambahnya lagi, beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, jika tahu risiko melakukan perkara itu maka elakkan dari berbuat demikian.

Advertisement
Air pasang dan banjir bukan tempat untuk bermainSumber : Astro Awani  

Dalam pada masa yang sama, Mohammad Hamdan turut berkata, pihaknya tidak melarang mana-mana individu daripada terlibat dengan aktiviti bahaya sebegitu, namun berharap agar nasihat yang diberikan mampu untuk menghindarkan dari perkara buruk berlaku.

Terdahulu, beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor dan Johor dilaporkan mengalami fenomena air pasang sejak Khamis lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Banjir Dan Air Pasang Bukan Tempat Untuk Bermain Mahupun Bersuka Ria” – Pihak Bomba first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.