Ads Top

Main Ad

Berbaloi Dan Puas Hati, DSV Cadang Peniaga Viral Tukar Nama Restoran ‘Siakap Seribu’

Baru-baru ini, kisah mengenai seorang pelanggan memakan ikan siakap berharga lebih RM1000 tular di media sosial dan ia telah menarik perhatian ramai, termasuk usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.

DS Vida
4 hari lalu

Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular, DS Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

Advertisement

Kebetulan Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman serta anak-anaknya sedang bercuti di Langkawi, dia mengambil keputusan untuk pergi dan merasa sendiri makanan di restoran tersebut.

Beliau merasakan bayaran sebanyak RM918 yang dikenakan keatas dirinya berbaloi dan dia turut berasa puas hati dengan makanan serta jumlah hidangan yang dihidangkan oleh restoran itu buatnya.

Advertisement

Di dalam video perkongsiaannya di Instagram, usahawan itu menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya, Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.

Dalam pada itu, Vida turut memberi peluang kepada peniagaan restoran itu, Norasyikin untuk menjelaskan isu yang sedang tular di media sosial serta bertanyakan sama ada perniagaannya terjejas selepas isu berkenaan.

Selepas itu tidak macam biasa (pelanggan), perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki, rasa macam tak sedap.

Datuk Seri Vida dan anak-anaknya

Vida juga sempat mencadangkan kepada peniaga tersebut untuk menukar nama restorannya kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing.

Terdahulu, tular seorang individu yang membuat status di Facebook dikenali sebagai Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut akibat dicaj sebanyak RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.

The post Berbaloi Dan Puas Hati, DSV Cadang Peniaga Viral Tukar Nama Restoran ‘Siakap Seribu’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.