Ads Top

Main Ad

“Berlakon Saya Tak Tahu, Tapi Kalau Jadi Model..” – Latif Romly Didakwa Iras Remy Ishak

Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menolak dakwaan segelintir pihak yang menyamakan wajahnya persis pelakon terkenal, Remy Ishak.

Abdul Latif Romly
3 minggu lalu

(TAHNIAH) Jaguh Lompat Jauh Negara Selamat Bertunang

Advertisement

Penyumbang pingat emas negara itu disamakan dengan pelakon popular itu dan menjadi perbualan hangat di internet sewaktu dia bertanding di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Macam Remy Ishak? Tak kot, saya orang biasa je. Saya tak ada apalah.

Setelah dikenali ramai dan mendapat pelbagai tawaran termasuk menjadi model, Latif tidak berani untuk mengatakan dirinya bersetuju untuk terjun dalam bidang lakonan kerana terikat dengan latihan.

Kalau berlakon saya memang tak tahu, tapi kalau jadi model, saya okey. Janji tidak melanggar jadual latihan yang sudah ditetapkan.

Latif Romly

Latif menerima lamaran jenama pakaian jalanan Neonate Clothing untuk bergelar ‘muse’ dan memperagakan busana baharu rekaan mereka di Kuala Lumpur Fashion Week 2021, Ahad lalu.

Pada awalnya saya memang gementar, maklumlah pertama kali ‘catwalk’ sebagai model. Namun, apabila sudah berada di atas pentas peragaan, rasa gugup itu terus hilang. Alhamdulillah saya berjaya habiskan acara berkenaan.

Bagaimanapun, Latif lebih mahu dikenali atas sebab sukan dan mahu semua rakyat Malaysia tahu apakah itu sukan paralimpik.

The post “Berlakon Saya Tak Tahu, Tapi Kalau Jadi Model..” – Latif Romly Didakwa Iras Remy Ishak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.