Ads Top

Main Ad

“Berlaku Pendarahan, Sesuatu Berbentuk Pejal Keluar..” – Rafidah Ibrahim Keguguran

Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim meluahkan rasa sebak apabila impian untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas mengalami keguguran.

Rafidah Ibrahim
2 bulan lalu

Pernah Kena Gangguan Seksual, Rafidah Ibrahim Minta Wanita Di Luar Sana Agar Lebih Berhati-Hati

Advertisement

Rafidah atau lebih mesra disapa Fida berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.

Menurut Fida, 35, kehilangan sesuatu yang amat bermakna bagi pasangan baru mendirikan rumah tangga adalah suatu perkara yang amat menyedihkan.

Advertisement

Saya ke hospital untuk pemeriksaan dan hasilnya doktor terpaksa membuat proses cuci akibat keguguran.

Bagaimanapun, Fida menganggap kejadian itu sebagai ujian Allah S.W.T dan yakin setiap ujian dan ketentuan yang datang daripada Allah itu adalah sebahagian daripada proses dan perjalanan dalam kehidupannya dan suami dalam berkeluarga.

Alhamdulillah kami bersyukur dengan nikmat kegembiraan yang dipinjamkan sementara itu. Pastinya perancangan Allah buat kami jauh lebih baik.

Tambahnya lagi, dia yakin mampu melalui ujian ini dengan sabar kerana ramai wanita hebat di luar sana yang boleh melaluinya.

Menerusi hantaran tersebut, Fida turut berkongsi pengalamannya bersama seorang doktor wanita yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

The post “Berlaku Pendarahan, Sesuatu Berbentuk Pejal Keluar..” – Rafidah Ibrahim Keguguran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.