Ads Top

Main Ad

Bermain Telefon Antara Punca Kemalangan, Ini Pengakuan Pemandu Peribadi Arwah Vanessa Angel

Industri seni hiburan negara seberang Indonesia baru-baru ini digemparkan dengan berita pemergian pelakon Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Andriansyah akibat kemalangan maut pada 4 November yang lalu.

Meninggalkan anak lelaki mereka yang turut cedera parah, pemandu peribadi pelakon berkenaan kemudiannya menjadi tumpuan peminat kerana didakwa menjadi punca insiden nahas menyayat hati itu.

Advertisement
Tubagus JoddySumber : Kompas.com 

Terbaru, pemandu peribadi yang dikenali sebagai Tubagus Joddy itu mengaku bahawa dia menggunakan telefon bimbit beberapa kali sebelum berlakunya kemalangan ngeri itu.

Joddy berkata dia ada menghubungi orang tuanya pada jam 11.55 pagi, kira-kira sejam sebelum kemalangan.

Malah, dia juga sempat memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story di media sosialnya.

Di atas tindakan kecuaiannya itu, Joddy telah disabitkan di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 ayat 5 tentang kelalaian sehingga menyebabkan Vanessa dan Bibi meninggal dunia.

Advertisement

Terdahulu, aktres Indonesia itu bersama suaminya telah dilaporkan meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Tol Jakarta-Surabaya berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya telah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Bella Hadid
1 jam lalu

Kongsi Foto Tak Bersolek Dan Menangis, Model Antarabangsa Bella Hadid Hadapi Tekanan Emosi

The post Bermain Telefon Antara Punca Kemalangan, Ini Pengakuan Pemandu Peribadi Arwah Vanessa Angel first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.