Ads Top

Main Ad

Bertambah Selera, Gardenia Lancar Dua Perisa Baru Black Forest Dan Karamel Masin

Jenama roti terkenal Malaysia, Gardenia nampaknya telah membuatkan ramai tidak ‘duduk diam’ apabila syarikat ini telah melancarkan dua lagi perisa terbaharu untuk pasaran tempatan.

Dua perisa tersebut adalah ‘Black Forest’ dengan kismis serta Karamel Masin yang ternyata telah mengujakan pengguna di luar sana.

Advertisement

Rata-rata netizen di media sosial telah menzahirkan perasaan teruja dan tidak sabar untuk merasai keenakan roti tersebut yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia.

Menjengah di media sosial Twitter, ramai telah mula berkongsi foto roti perisa terbaharu itu dan pengalaman menikmati makanan ringan tersebut.

“Gardenia sedang dalam perjalanan untuk perisa roti lebih hebat.” tulis seorang pengguna Twitter.

“Dua-dua kegemaran saya, tak sabar untuk cuba dua-duanya..” sahut seorang netizen lagi.

Ada di kalangan pembaca sudah cuba? Amacam, sedap tak?

Straw minuman
17 jam lalu

Straw Minuman Dimasak Menjadi Hidangan Pasta, Video Memasak Ini Mengundang 'Kemurungan' Netizen

The post Bertambah Selera, Gardenia Lancar Dua Perisa Baru Black Forest Dan Karamel Masin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.