Ads Top

Main Ad

Comel Sungguh! Izreen Azminda Dedah Wajah Ali Idrees Untuk Tatapan Peminat

Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai kehadiran anak bongsu pelakon Izreen Azminda yang dilahirkan pada tanggal 20 September yang lalu.

Terbaru, Izreen ada berkongsi foto wajah anak lelakinya itu yang diberi nama Ali Idrees untuk tatapan peminat di Instagram.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Ali dilihat nyenyak tidur dan berwajah comel sekali bak kata peminat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat pelakon filem Pecah itu memuji keelokan wajah Ali yang lembut dan comel.

Ada juga yang mendoakan agar si kecil itu membesar dengan sihat dan akan menjadi penyejuk hati ayah dan bonda.

Terdahulu, Izreen telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid pada 8 Ogos 2019.

Advertisement

Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini sudah mencecah usia 2 tahun.

Izreen dan Ude turut memiliki anak hasil daripada perkahwinan yang terdahulu.

Izreen Azminda
2 bulan lalu

Izreen Azminda Pilih Nama Ali Idrees Untuk Anak Ketiga

The post Comel Sungguh! Izreen Azminda Dedah Wajah Ali Idrees Untuk Tatapan Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.