Ads Top

Main Ad

“Dah Macam Harga Kereta Axia!” Tular Resit Harga Rawatan Perubatan Tradisional Bernilai RM32,800

Semalam, tular di media sosial berkenaan sekeping resit yang memaparkan kos perubatan Islam yang berjumlah RM32,800.

Ia sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya tidak boleh menerima dan terkejut dengan harga yang melampaui batas itu.

Advertisement

Menerusi maklumat dalam resit tersebut, pesakit difahamkan telah pergi mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam tersebut untuk tujuan mengimbas penyakit.

Pesakit itu turut menerima rawatan penyakit berkaitan ilmu hitam seperti santau patung berjasad dan mandian sunnah tutup ubat yang masing-masing berharga ratusan dan ribuan ringgit.

Malah, rawatan kesihatan umum seperti masalah kencing manis, urat saraf dan pinggang bengkak turut dikenakan bayaran sehingga mencecah RM10,000!

ResitSumber : Twitter 

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial menyifatkan pusat perubatan Islam itu telah mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain berikutan kos rawatan yang tidak masuk akal itu.

Bermodalkan ayat suci, dapat rantai tangan emas satu, dapat duit. Padahal ilmu itu dia dapat dari Al-Quran, lepas tu jual dalam bentuk perubatan Islam.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa masalah kesihatan sepatutunya dirujuk di klinik atau hospital kerajaan kerana pakar perubatan lebih arif mengenai perkara itu.

Advertisement

“Kalau penyakit santau tu fahamlah pergi ke pusat perubatan Islam. Lain-lain masalah kesihatan yang kencing manis semua, pergi kliniklah. Sanggup habis beribu macam harga Axia!” luah seorang netizen di Facebook.

Anda ada pengalaman mendapatkan rawatan perubatan dan dikenakan bayaran tidak masuk akal? Kongsikan kepada kami di bahagian komen!

Roti Gardenia
23 jam lalu

Bertambah Selera, Gardenia Lancar Dua Perisa Baru Black Forest Dan Karamel Masin

The post “Dah Macam Harga Kereta Axia!” Tular Resit Harga Rawatan Perubatan Tradisional Bernilai RM32,800 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.