Ads Top

Main Ad

Dah Macam Kim Kardashian Dan Squid Game, Fesyen Janna Dan Dini Jadi Tumpuan Peminat

Penampilan pasangan kekasih popular, Janna Nick dan Dini Schatzmann di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) nampaknya telah mencuri perhatian netizen apabila mereka berdua kelihatan unik dan tersendiri.

janna nick
14 jam lalu

(TAHNIAH) Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH34

Advertisement

Bergaya dengan fesyen ‘berbungkus’, Janna dan Dini mengenakan pakaian yang menutupi keseluruhan wajah mereka di samping mengenak topeng daripada material berkilauan.

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Advertisement

Fesyen unik itu turut dimuat naik Janna menerusi halaman Instagramnya di mana pemilik nama Nurul Janna Muner ini ada menulis sedikit keterangan ringkas tentang penampilannya bersama Dini.

“Hanya kerana saya menggayakannya dengan baik, tidak bermakna ia tidak membebankan.” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran tersebut, Janna mengenakan baju dipenuhi sekuin rona perak hasil rekaan Wanpa manakala Dini tampil dengan sut berona hitam serta topeng bertulis angka enam.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat melabelkan pasangan itu sebagai artis Hollywood Kim Kardashian dan Squid Game versi Malaysia.

Terdahulu, antara artis yang menuai kritikan dengan fesyen ‘Avant Garde’ adalah penyanyi Aina Abdul yang memakai busana gaun sendat berwarna hitam berserta gumpalan kain berbentuk bunga di bahagian kepala.

The post Dah Macam Kim Kardashian Dan Squid Game, Fesyen Janna Dan Dini Jadi Tumpuan Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.