Ads Top

Main Ad

Dakwaan ‘Orang Ketiga’ Punca Bercerai, Siti Saleha ‘Tutup Mulut’, Tak Mahu Ulas Lebih

Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Siti Saleha mengambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai krisis yang melanda bersama suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Siti Saleha dan suami
1 bulan lalu

Rumah Tangga Berdepan Dengan Masalah, Siti Saleha Tuntut Cerai

Advertisement

Pada 13 Oktober yang lalu, Siti Saleha atau mesra dipanggil Sally dilaporkan telah memfailkan tuntutan cerai terhadap Ahmad Lutfi Azhar dan meminta agar orang ramai untuk menghormati ruang peribadinya.

Semua orang tahu dan peminat saya juga tahu, saya private dan perkara ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Menurut pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, segala yang berlaku keatas dirinya serta rumah tangganya ini adalah sebagai satu ujian dalam hidup.

Apabila ditanya oleh pihak BH tentang dia dan suami sudah tidak tinggal sebumbung serta punca keretakan rumah tangga ini akibat daripada ‘orang ketiga’, Sally enggan mengulas lebih.

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017 dan pada 13 Oktober lalu, beliau telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi sebutan kes penceraiannya.

The post Dakwaan ‘Orang Ketiga’ Punca Bercerai, Siti Saleha ‘Tutup Mulut’, Tak Mahu Ulas Lebih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.