Ads Top

Main Ad

“Dia Jaga Kita Sedaya Dia, Tak Pernah Berkira Duit..” – Zulin Aziz Dedah Sikap Sebenar Kekasih

Artis versatil, Zulin Aziz memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya yang menitipkan ucapan istimewa bersemperna dengan ulang tahun kelahiran yang ke-34 kekasihnya iaitu Farhan Norzaini.

Advertisement

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut mendedikasikan doa yang baik-baik selain turut mendedahkan keperibadian si kekasih hati.

Zulin, 31, menyifatkan Farhan sebagai lelaki yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga, tegas tetapi sangat penyayang.

Advertisement

Happy birthday to my future imam. Sentiasa kerja keras demi bahagiakan kami. Dia tegas! bagus jgk.. zulin kan kepala batu.

Menerusi perkongsian tersebut juga, penyanyi lagu Rahsia itu juga memberitahu dia dan pasangan memiliki beberapa hobi serta minat yang sama.

Zulin Aziz

Kami banyak share hobi yg sama. Suka makan makanan yg sama. Boleh buat banyak benda sama-sama.

Zulin turut mendoakan agar Farhan sentiasa dalam lindungan Allah swt dan diberi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Tambah Zulin, dia turut meminta agar orang ramai mendoakan mereka berdua.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dia Jaga Kita Sedaya Dia, Tak Pernah Berkira Duit..” – Zulin Aziz Dedah Sikap Sebenar Kekasih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.