Ads Top

Main Ad

Dilabel Hipokrit, Peminat Pertikai Keputusan PU Riz Nak Berlakon Semula Setelah Terima Anugerah

Pendakwah bebas yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa, Haris Ismail telah memenangi anugerah Gandingan Serasi Filem Popular pada Anugerah Bintan Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) bersama Wanna Ali dalam filem Ada Apa Dengan Dosa.

Berikutan kejayaannya itu, Haris atau lebih mesra dikenali sebagai PU Riz ini tidak menolak jika dia ditawarkan untuk berlakon di masa akan datang.

Advertisement

Ujarnya lagi, kemenangan tersebut sama sekali tidak akan menjadi penamat buat kariernya dalam dunia seni.

Namun begitu, dia mengakui akan lebih memilih watak yang sesuai dalam setiap naskah yang dibintanginya kerana ingin fokus kepada kisah dakwah dan konsep islamik.

Meskipun sedang sibuk bergelar usahawan dan juga menguruskan perniagaannya, Haris memaklumkan bahawa dia tidak mahu terus menghilangkan diri daripada dunia hiburan tanah air.

Meskipun begitu, lain pula reaksi daripada sesetengah netizen yang menyifatkan kenyataan Haris setelah memenangi anugerah itu sebagai sesuatu yang hipokrit,

“Macam ni tak kira hipokrit ke? kemain nasihat orang kiri kanan tapi kau lepas dapat award, terus nak berlakon dunia lagha balik.” tulis seorang netizen.

Malah, ada juga yang menggelarkan Haris sebagai gila populariti selain mengkritik cara personaliti itu menjalankan tanggungjawab sebagai guru sementara di sebuah sekolah yang disifatkan sebagai caca marba dan tidak sempurna.

Sekadar info, Haris kini sedang bertugas sebagai guru sementara di sebuah sekolah menengah di ibu kota di mana dia ditugaskan untuk mengajar subjek bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

PU Riz
1 hari lalu

"Tiada Istilah Permulaan Atau Penamat, Saya Tidak Menolak Kalau Ada Rezeki Berlakon" - PU Riz

The post Dilabel Hipokrit, Peminat Pertikai Keputusan PU Riz Nak Berlakon Semula Setelah Terima Anugerah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.