Ads Top

Main Ad

“Dini Jarang Sakit, Jadi Saya Memang Bimbang..” – Janna Nick

Susulan keadaan kesihatan pelakon, Dini Schatzmann yang dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan kuman pada Ahad lalu kini beransur pulih.

Dini Schatzmann
1 hari lalu

Baru Sehari Rai Kejayaan Janna Nick Di ABPBH34, Dini Schatzmann Masuk Hospital

Advertisement

Kekasihnya, Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner berkata, walaupun semakin pulih tetapi timbul bintik merah pada badannya.

Dini jarang sakit sebab dia amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Jadi, bila perkara begini terjadi ia sesuatu yang besar buat saya dan pastinya membimbangkan saya.

Menurut Janna, 26, kesihatan Dini beransur pulih, cuma mula timbul bintik bintik merah yang seperti menunjukkan tanda denggi. Namun, buat masa ini platlet darahnya masih baik lagi. Mungkin bintik merah itu disebabkan alahan terhadap ubat-ubatan yang dimakan.

Saya juga sebenarnya kurang sihat kerana cuaca di lokasi penggambaran kurang menentu, sekejap panas dan sekejap hujan.

Dalam pada itu, pelakon My Coffee Prince itu pelik dengan komen segelintir netizen yang mengatakan dia hendak menutup cerita kemenangannya di ABPBH34 dengan berita Dini kurang sihat.

Kenapa saya hendak tutup cerita kemenangan itu? Terpulang kepada persepsi masing-masing mengenai hal ini.

Terdahulu, Janna memuat naik gambar dia memegang tangan Dini yang sedang terbaring di katil hospital di InstaStory miliknya.

The post “Dini Jarang Sakit, Jadi Saya Memang Bimbang..” – Janna Nick first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.