Dinobat Penyanyi Lelaki Popular Di ABPBH34, Haqiem Rusli Umum Bakal Bernikah 19 November Ini
Baru sahaja memenangi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi di ABPBH34, Haqiem Rusli membuat kejutan buat semua semasa memberikan ucapan kemenangan.
Umum mengetahui bahawa lelaki tersebut ada menyebut bahawa dia akan bernikah tak lama lagi berdasarkan desas-desus yang diperkatakan ramai.
Walaubagaimanapun, penyanyi terkenal itu memilih untuk merahsiakan identiti bakal isterinya itu buat masa ini.
View this post on Instagram
Pada malam ini, Haqiem sempat mengumumkan tarikh penyatuan bersama gadis pilihannya lantas mengesahkan khabar angin yang berterbangan sebelum ini.
Alhamdulillah, pada 19 November nanti saya akan benikah.
Malah Haqiem turut mengumumkan bahawa dia akan meriliskan sebuah lagu baru pada hari bermakna berkenaan bagi menyambutnya.
Tak sabar nak tunggu nanti, tahniah Haqiem Rusli!
The post Dinobat Penyanyi Lelaki Popular Di ABPBH34, Haqiem Rusli Umum Bakal Bernikah 19 November Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.