Ads Top

Main Ad

Disangka Bersara Dari Dunia Lakonan, Diana Johor Kini Bahagia Hidup Bermadu

Sudah lama kita tidak mendengar atau melihat aktres jelita Diana Johor menghiasi kaca televisyen dengan lakonannya sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Nama tenggelam timbul sejak empat tahun yang lalu, mungkin juga ramai yang beranggapan bahawa Diana sudah bersara daripada dunia lakonan tempatan.

Dia yang sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Hazman Thobrani pada tahun 2018 yang lalu juga jarang mengemas kini akaun media sosialnya setelah bergelar isteri.

Advertisement

Terbaru, Diana berkata dia berhasrat untuk muncul kembali dan merancang untuk menghasilkan drama dan filem di bawah syarikat produksinya yang diusahakan sejak tahun 2014 iaitu Panthera Motion Pictures Sdn Bhd.

Saya akui sudah lama menyepi. Saya fokus sebagai suri rumah selepas mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu. Jadi saya mahu menggerakkan semula syarikat produksi dan diharap akan mendapat sokong FINAS dan juga stesen TV.

Dia menjelaskan perkara itu ketika ditemu bual sebuah akhbar tempatan iaitu BH Online.

Diana Johor dan suamiSumber : BH Online  

Dalam pada itu, Diana turut mengulas sebab dia menyepikan diri di mana faktor utamanya adalah untuk menumpukan perhatian sebagai seorang isteri.

Saya memang tidak aktif dalam laman media sejak beberapa tahun ini. Jujurnya, saya hidup bermadu, jadi banyak perkara yang tidak boleh dikongsi semi menjaga hati keluarga sebelah sana. Itu juga faktor saya menyepikan diri. Saya harap semua tahu bahawa saya masih lagi mahu meneruskan kerjaya sebagai pelakon dan pembikin filem.

Diana juga kini istiqamah dalam mengenakan hijab dan berharap peminat lebih mengingatinya sebagai seorang penggiat seni berbanding dengan soal kehidupan peribadi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Disangka Bersara Dari Dunia Lakonan, Diana Johor Kini Bahagia Hidup Bermadu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.