Ads Top

Main Ad

“Doakan Reen Okay. Mintak Maaf Terpaksa ‘Cancel Metting, Event’..” – Reen Rahim Masuk Hospital?

Pelakon sensasi Reen Rahim memuat naik satu hantaran dalam laman Instagram miliknya berkenaan status terkini kesihatannya.

Advertisement

Reen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim memaparkan tangan kirinya yang dicucuk drip dan dipercayai sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital.

Reen Rahim

Bismillah… doa kan Reen okay. Mintak maaf pada semua yg Reen terpaksa cancel metting, event and sebagainya untuk minggu ini.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis tertanya-tanya mengenai punca dia dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.

Advertisement

Peminat dan rakan artis kepada pelakon Keluarga Instafamous itu turut menitipkan doa agar Reen diberikan kesihatan yang baik dan cepat sembuh dari sebarang penyakit. Ada juga yang memberi nasihat agar Reen mendapatkan rehat yang secukupnya kerana menebak dia mungkin dimasukkan ke wad akibat keletihan melampau.

Sebelum ini, Reen pernah disahkan positif Covid-19 pada Hari Raya Aidilfitri lalu dan terpaksa beraya serta menjalani kuarantin kendiri secara berasingan daripada keluarga tersayang.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Doakan Reen Okay. Mintak Maaf Terpaksa ‘Cancel Metting, Event’..” – Reen Rahim Masuk Hospital? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.