Ads Top

Main Ad

Emosi Terkenangkan Anak-Anak, Fazley Mohon Maaf Persembahan Tidak Memuaskan Hati Peminat

Datuk Fazley Yaakob memohon maaf berikutan persembahan kurang memuaskan yang dipersembahkan ketika malam minggu pertama konsert Gegar Vaganza musim ke-8, Ahad lalu.

Jelas Fazley, dia berasa gemuruh kerana sudah lama tidak membuat persembahan nyanyian secara langsung sekaligus menjadi faktor kekurangannya pada malam itu.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia sedikit emosi pada malam itu kerana terkenang anak-anak di rumah.

Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar hampir 10 tahun, hanya menyanyi sambil memasak di dapur. Sedikit emosi terkenang anak-anak.

Sehubungan dengan itu, Fazley yang juga merupakan seorang cef selebriti berjanji akan cuba menebus kekecewaan tersebut di konsert minggu kedua nanti.

Advertisement

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memahami dan sudi memberikan semangat.

“Insya-Allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang Hasnol, Laguku Untukmu.” ujarnya lagi.

Terdahulu, konsert pertama program realiti TV nyanyian popular itu telah menyaksikan Fazley memperoleh mata paling tercorot iaitu hanya 53% manakala Aliff Aziz pula muncul sebagai bintang dengan mata paling tertinggi iaitu 74.6%.

Fazley Yaakob
19 jam lalu

"Sambung Jadi Cef Sajalah.." Dikritik Sumbang, Fazley Yaakob Terima Kritikan Gara-Gara Persembahan Di GV8

The post Emosi Terkenangkan Anak-Anak, Fazley Mohon Maaf Persembahan Tidak Memuaskan Hati Peminat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.