Ads Top

Main Ad

Farra Akui Terima Caprice Kerana Tak ‘Fake’ Layan Anaknya

Farra Inalis, isteri kepada Caprice yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka telah menyatakan sebab sebenar memilih Caprice sebagai suami.

Caprice
22 jam lalu

Dah Bergelar Bapa 'Segera', Caprice Nak Ajar Anak Tiri Bahasa Inggeris Dan Perancis

Advertisement

Menerusi laporan Utusan, Farra telah menceritakan tentang sifat peribadi suaminya untuk penonton rancangan popular, MeleTOP.

Farra menyatakan bahawa penyanyi rap itu memiliki sifat yang sangat penyayang, terutama buat anaknya, Aleesya Sofea. Ini merupakan sebab utama dia yakin bahawa Caprice merupakan calon terbaik untuk dijadikan suami.

Alasan yang kuat adalah kerana Caprice ini seorang yang sangat penyayang dengan budak. Jadi, dia berjaya memenangi hati saya dari oleh sebab itulah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ________?ELIS?_______ (@farra_inalis)

Malah lelaki itu dikatakan sangat rapat dengan Aleesya sehingga sering membawa anak perempuannya itu membeli barang permainan.

Selain itu, bila kita keluar makan bersama, dia melayan anak saya tidak nampak palsu. Jadi, maknanya dialah orangnya.

Dalam pada itu, Caprice juga mengakui bahawa proses untuk menghalalkan hubungan mereka berdua mempunyai banyak halangan.

Advertisement

farra inalis caprice

Namun segala kontroversi yang terpalit ke atasnya tidak mampu mematahkan semangat penyanyi rap itu dek sokongan kuat keluarga di sisi.

Semoga berbahagia buat Caprice dan Farra!

The post Farra Akui Terima Caprice Kerana Tak ‘Fake’ Layan Anaknya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.