Ads Top

Main Ad

Gemar Pakai Kuku Palsu Untuk Kecantikan? Ketahui Hukum Islam, Hati-Hati Ikut Fesyen!

Perasaan untuk tampil cantik dan menawan merupakan suatu fitrah buat kaum wanita asalkan ianya mengikut syarak dan tidak melanggar batas yang ditetapkan oleh agama.

Resit perubatan
3 hari lalu

"Dah Macam Harga Kereta Axia!" Tular Resit Harga Rawatan Perubatan Tradisional Bernilai RM32,800

Advertisement

Pada dasarnya, hukum asal memakai pakaian dan perhiasan cantik adalah harus dan ia berlanjutan sedemikian (yakni halal dan harus) selagi tiada nas-nas khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.

Kuku PalsuSumber : Google  

 

Antara aksesori yang digemari kaum wanita adalah pemakaian kuku palsu sama ada sambungan daripada kuku asal ataupun diletakkan di atas kuku sebagai aksesori fesyen.

Penjagaannya juga lebih rumit kerana pemakai haruslah menghadiri salun rawatan kuku sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali.

Advertisement

Bagi penganut agama Islam, penggunaan kuku palsu adalah haram kerana ia melibatkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.

Mufti Wilayah PersekutuanSumber : Berita Harian 

Terdapat hadis yang melarang perkara tersebut seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud:

Allah melaknat wanita yang membuat tatu, yang meminta dilukiskan tatu, mencabut bulu-bulu wajah dan merenggangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah. (Riwayat Al-Bukhari,4886)

Perkara tersebut turut disahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang berkata jika pemakaian kuku palsu itu adalah satu keperluan untuk melindungi kulit kuku asal yang tercabut atau untuk tujuan perubatan, maka ia diharuskan.

Kuku rosakSumber : Google  

 

“Manakala sekiranya pemakaian kuku palsu demi kecantikan semata-mata, maka perkara itu tidak dibenarkan oleh syarak kerana telah mengubah ciptaan Allah S.W.T.” jelasnya lagi.

Manakala jika pemakaian kuku palsu itu jatuh di bawah hukum harus, penyambungan kuku mestilah diperbuat daripada bahan yang suci lagi halal dan rupa bentuknya tidak boleh terlalu menyerlah dan melampaui rupa bentuk kuku asal.

Semoga bermanfaat.

The post Gemar Pakai Kuku Palsu Untuk Kecantikan? Ketahui Hukum Islam, Hati-Hati Ikut Fesyen! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.