Ads Top

Main Ad

Gembira Bersama Keluarga Di IG, Benarkah Nynaa Harizal Diculik Oleh Keluarga Sendiri?

Sebelum ini, pelakon Nynaa Harizal telah didakwa diculik oleh bapanya sendiri oleh suaminya, Fahmi Ilyas.

Johan dan Ozlynn
2 jam lalu

"Kening Lawa!" Ozlynn Wati Kongsi Wajah Latifah Cherdiq Di Instagram

Advertisement

Namun, Nynaa menerusi hantaran Instagram ada memuat naik foto dan video yang memaparkan dia sedang gembira meluangkan masa bersama ahli keluarganya di rumah.

View this post on Instagram

A post shared by Nynaa Harizal (@nynaaharizal___)

Ia sekaligus mengundang tanda tanya mengenai dakwaan Fahmi tentang adakah benar isterinya itu diculik dan dipaksa untuk berpisah dengan dia pada 3 November lalu?

Menjengah ke ruangan komen, peminat meninggalkan komen pertanyaan sama ada Nynaa benar-benar selamat ataupun keadaan sudah kembali seperti biasa.

Advertisement

“Kata kena culik? Tak macam kena culik pun, happy je?” tulis seorang peminat.

Meskipun begitu, ada juga yang beranggapan bahawa video tersebut adalah merupakan video lama.

Terdahulu, Fahmi telah membuat laporan polis apabila dia mendakwa isterinya telah diculik oleh bapa mertuanya iaitu Mejar (B) Harizal Hashim ketika Nynaa sedang menjalani penggambaran drama di Shah Alam.

Dedah Fahmi, keluarganya telah mengambil Nynaa secara paksa untuk membawanya pulang ke Johor bagi tujuan berubat.

Malah, pengawal peribadi yang juga pemandu Nynaa turut diugut menggunakan senjata api.

The post Gembira Bersama Keluarga Di IG, Benarkah Nynaa Harizal Diculik Oleh Keluarga Sendiri? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.