Ads Top

Main Ad

Genap 37 Tahun, Siti Nordiana Mohon Doa Orang Ramai

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana memberitahu bahawa dia mengharapkan doa orang ramai semoga menjadi individu yang lebih beriman serta beramal soleh kepada Allah SWT sempena dengan ulang tahun kelahirannya.

Siti Nordiana
2 minggu lalu

Siti Nordiana Akui Imej Serta Reputasi Tercalar Akibat Fitnah, Mahu Bersihkan Nama Semula

Advertisement

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana turut meminta doa orang ramai dan mendoakan semoga dirinya menjadi insan yang kuat serta tabah untuk mengharungi ujian hidup.

Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk menyambut birthday ke-37.

Advertisement

Kegembiraan tersebut turut dikongsi Nana menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya yang mengepilkan beberapa keping foto ketika majlis keraian untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Siti Nordiana

Dalam hantaran tersebut juga, Nana tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tanda penghargaan di atas semua ucapan dan doa orang ramai terhadap dirinya.

Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias turut mengucapkan terima kasih kepada sahabat handainya yang membuat kejutan demi menyambut ulang tahun kelahirannya.

The post Genap 37 Tahun, Siti Nordiana Mohon Doa Orang Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.