Ads Top

Main Ad

“Ianya Bahasa ‘Street’..” MK K-Clique Nafi Guna Bahasa Rempit Dalam Lagu Terbaharu, Sapu Rata

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, MK K-Clique menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menggunakan bahasa rempit dalam lagu single terbaharunya yang berjudul Sapu Rata.

MK K-Clique Harap Tak Lagi Dilabel 'Kayu'
1 minggu lalu

"Saya Masih Belajar" - MK K-Clique Harap Tak Lagi Dilabel 'Kayu'

Advertisement

Dalam lagu tersebut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan,25, mengakui ada menggunakan perkataan campuran seperti gua, lu, dan awek serta campuran bahasa Inggeris namun menjelaskan bahawa ia bukanlah bahasa rempit.

Kata Hairi, dia menggunakan bahasa ‘street’ yakni bahasa yang tidak formal dan bukannya bahasa baku.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia menggunakan ‘street words’ itu bukanlah berniat sekadar untuk suka-suka namun ingin menarik perhatian komuniti gamers di luar sana dengan penggunaan lirik lagu yang lebih santai dan dekat dengan pendengar.

Hairi yang merupakan duta bagi permainan video PUBG juga menjelaskan bahawa penggunaan bahasa seperti itu tidak bermakna kumpulan K-Clique telah mengabaikan bahasa Melayu yang dijadikan bahasa utama dalam penyampaian lagu-lagu mereka sebelum ini.

Lagu (Sapu Rata) tidak menggunakan lirik rempit, tetapi street word, yakni bahasa yang di luar formaliti. Dalam bahasa yang lebih mudah, bahasa yang saya gunakan dalam lagu ini adalah bahasa street.

Mengulas penglibatannya dalam permainan PUBG, Hairi berkata dia bakal berkolaborasi dalam beberapa buah projek di masa akan datang, dan salah satunya adalah lagu single Sapu Rata ini.

Single nyanyian MK K-Clique itu kini boleh didengari di kesemua pelantar penstriman muzik seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Deezer dan KKBox mulai 12 November lalu.

 

The post “Ianya Bahasa ‘Street’..” MK K-Clique Nafi Guna Bahasa Rempit Dalam Lagu Terbaharu, Sapu Rata first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.