Ads Top

Main Ad

Isu Syarikat Produksi Rahsiakan Penularan Kes COVID-19, Adam Shahz Mohon Maaf Pada JS Pictures

Semalam, pelakon Adam Shahz ada mendedahkan mengenai sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi yang bertindak merahsiakan penularan kes COVID-19 dalam kalangan kru dan pelakon.

Tidak menyebut nama mana-mana pihak, Adam Shahz walau bagaimanapun memohon maaf kepada syarikat produksi JS Pictures iaitu milik kepada pasangan suami isteri Sheila Rosly dan Jinggo.

Advertisement

Permohonan maaf itu dilakukan jika pendedahan tersebut ada menjejaskan produksi tersebut dan turut menafikan pembabitan JS Pictures dalam isu pelanggaran SOP.

Advertisement

Berkaitan dengan kenyataan sebelum ini, saya memohon maaf dan menafikan pembabitan JS Picture dalam isu pelanggaran SOP. Saya juga tidak menyebut nama mana-mana pihat produksi pada kenyataan tersebut. Jika ada isu berbangkit selepas ini, ianya tidak berkait dengan saya sama sekali.

Terdahulu, Adam ada membuat pengakuan bahawa dia mempunyai bukti jelas iaitu terdapat sebuah syarikat produksi telah mengarahkan agar pelakon dan kru terlibat agar tidak ‘berkokok’ tentang isu menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 kerana enggan lagi menangguhkan tempoh penggambaran drama.

Jelas Adam, pihak produksi tersebut perlulah lebih bertanggungjawab sekiranya ada pihak terlibat dalam penggambaran yang telah disahkan positif wabak itu dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Luahnya lagi, dia berasa kesal dengan sikap syarikat penerbitan terkenal tersebut yang telah mengambil isu ini dengan sambil lewa kerana ia dapat memburukkan lagi imej industri seni yang sememangnya telah dipandang negatif oleh masyarakat.

Adam Shahz
1 hari lalu

Sorok Maklumat Kru Penggambaran Positif COVID-19, Adam Shahz Diminta Tidak 'Berkokok'

The post Isu Syarikat Produksi Rahsiakan Penularan Kes COVID-19, Adam Shahz Mohon Maaf Pada JS Pictures first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.