Ads Top

Main Ad

“Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri..” – Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti

Walaupun nama penyanyi ini sudah tidak banyak diperkatakan oleh orang ramai seperti dulu, namun Mawi selesa dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang ini.

Menurut Mawi, dia beranggapan populariti serta kemasyuran yang diraihnya selepas memenangi tempat pertama dalam program realiti, Akademi Fantasi musim ketiga pada tahun 2005 adalah rezeki yang sudah tertulis oleh Allah SWT buatnya.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, penyanyi yang popular dengan lagu Kian itu berkata sewaktu zaman kegemilangannya dulu, dia sejujur tidak bersedia dan tidak terfikir akan menjadi antara nama-nama penyanyi yang ‘besar’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

Kalau dulu memang tak boleh jadi diri sendiri. Hidup saya diganggu pada waktu malam sampai tak boleh tidur.

Advertisement

Penyanyi yang kini juga sudah bergelar sebagai penyampai radio Zayan FM berkata, segala gelaran seperti gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS bukan keluar daripada mulutnya, namun diberikan orang luar yang meminati dirinya.

mawi dan isteriSumber : Google 

Sekadar info, kejayaan Mawi pada tahun 2005 telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila beliau berjaya menewaskan penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.

Pesawat Hawk TUDM terhempas
2 jam lalu

Seorang Maut Dan Seorang Cedera, Pesawat Hawk Milik TUDM Terhempas

The post “Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri..” – Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.