Ads Top

Main Ad

Lagu Ciptaan Yonnyboii Jadi Bahan Rujukan Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Penyanyi rap, Yonnyboii meluahkan rasa bangga apabila lagu ciptaannya, Sakit dijadikan bahan rujukan kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yonnyboii seakan-akan tidak percaya perkara tersebut berlaku dalam kerjaya seninya.

Yonnyboii KLFW2021
1 minggu lalu

Akibat Terlalu Gementar, Yonnyboii Alami Serangan Panik Selepas 'Catwalk' Di KLFW2021

Advertisement

Yonnyboii atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin berkata, ia menjadi satu daripada impian untuk melihat karya muziknya dihargai masyarakat namun tidak pernah terfikir sampai tahap menjadi bahan atau rujukan soalan peperiksaan bertaraf kebangsaan.

Sudah tentu saya rasa bangga. Tak pasti untuk subjek atau mata pelajaran apa tapi rasa macam mimpi jadi kenyataan.

Penyanyi lagu Tak Sangka itu memaklumkan sewaktu dia di bangku sekolah, dia selalu terfikir jika suatu hari nanti, dia mahu menulis lagu yang boleh buat orang nyanyi di perhimpunan pagi di sekolah atau di kem-kem motivasi.

Sekarang, lagu saya ada dalam kertas soalan model SPM. Bukan nak terlebih bangga atau riak tapi ini juga bukti, kalau kita buat apa yang kita suka dalam hidup, pasti ada ganjaran atau kejayaan menanti di hujungnya.

Advertisement

Lagu Sakit yang merupakan ciptaan Yonnyboii dan Zynakal adalah antara lagu popular sepanjang tahun 2020 sekaligus memperkenalkan nama penyanyi muda itu dalam arus perdana seni muzik tanah air.

Lagu yang berkisahkan tentang kesihatan mental itu secara tidak langsung, mendorong orang terutama golongan pelajar untuk lebih cakna tentang kesihatan mental mereka.

The post Lagu Ciptaan Yonnyboii Jadi Bahan Rujukan Kertas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.