Ads Top

Main Ad

Lama Menyepi Dari Industri, Ini Wajah Terkini Pelakon Cilik Puteri Balqis

Selepas lama menyepi dari bidang lakonan, pelakon cilik Puteri Balqis muncul dengan pepenampilan terbaharu dalam drama berjudul Halimun telah mengubat rindu orang ramai untuk melihatnya dalam kaca TV.

ibu puteri balqis sewakan rumah untuk gelandangan
2 years lalu

Ibu Puteri Balqis Sewakan Rumah Untuk Gelandangan

Advertisement

Menerusi hantaran dalam laman Instagram milik Beto Kusyairy, Beto telah berkongsi gambar bersama Puteri Balqis dan Nabila Huda ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama tersebut.

Puteri Balqis

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dilihat semakin dewasa dan menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji penambilan terbaharu Aqish yang kelihatan semakin cantik dan matang.

“Aqish is back… We miss you… Keep strong” tulis seorang pengguna Instagram.

Advertisement

“Dah besar dah aqish” komen seorang lagi netizen.

Puteri Balqis

Terdahulu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu memklumkan dia mengalami masalah kesihatan dan telah menulis memoirnya bertajuk 38 Poems of Puteri Balqis berdasarkan pengalaman hidupnya.

Kisah kesempitan hidup Balqis dipaparkan di dalam program Bersamamu TV3 awal tahun lalu mencuri perhatian orang ramai dan rata-rata tidak menyangka bintang yang popular di mata masyarakat itu berdepan kehidupan yang sukar.

The post Lama Menyepi Dari Industri, Ini Wajah Terkini Pelakon Cilik Puteri Balqis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.