Ads Top

Main Ad

Langgar SOP, Warganegara Asing Akan Diusir Pulang, Nama Di ‘Blacklist’ Dari Memasuki Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata warganegara asing yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas serta sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan untuk mereka.

Dalam pada itu, beliau turut berkata individu yang didapati sememangnya bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal serta disenaraihitamkan nama dari memasuki Malaysia semula.

Advertisement
'Karen' tak pakai pelitup mukaSumber : Google 

Tambahnya lagi, sejak kebelakangan ini tular di media sosial isu warganegara asing yang melanggar SOP yang telah ditetapkan, malah ada juga individu dikalangan mereka yang sengaja mencabar pihak berkuasa yang mengambil tindakan keatas kesalahan yang dilakukan mereka.

Sebelum ini hangat di setiap platform media sosial dimana seorang wanita warga asing yang tidak memakai pelitup muka meluahkan rasa marah apabila beliau tidak dibenarkan memasuki kedai butik mewah di pusat membeli-belah Suria KLCC, bulan lepas.

Karen
3 minggu lalu

Buat Hal Di KLCC, Minah Saleh 'Karen' Akhirnya Dikompaun RM3,000

 

The post Langgar SOP, Warganegara Asing Akan Diusir Pulang, Nama Di ‘Blacklist’ Dari Memasuki Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.