Ads Top

Main Ad

“Maaf Tiada Gimik Kali Ini..” Nabila Razali Lancar Lagu Baharu Sempena Hari Lahir

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sebelum ini memang terkenal dengan ‘trademark’ membuat gimik sebelum melancarkan lagu terbaharu kepada peminat.

Namun, berbeza sekali untuk buah tangan terbarunya kali ini apabila dia tidak berbuat demikian dalam penerbita single baharunya yang berjudul Putus, baru-baru ini.

Advertisement

Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, lagu Putus merupakan karya yang tulus ikhlas dari hati, khas buat peminatnya di luar sana.

“Maaf, tiada gimik untuk lagu baharu kali ini. Yang ada hanyalah karya yang tulus dan jujur dari hati.” tulis Nabila menerusi hantaran Instagramnya.

Meskipun tiada gimik, Nabila dilihat telah memadam hampir 1,000 foto dan hanya memuat naik hantaran berkaitan lagu berkenaan.

Jelas Nabila, lagu berentak balada itu merupakan hasil karya pertamanya berkolaborasi dengan seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

Dalam pada itu, Putus juga merupakan lagu khas nyanyian pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu sempena hari jadinya yang ke-29 yang disambut pada hari ini.

Advertisement

Single itu juga kata Nabila merupakan hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi dan setia menyokongnya dalam industri seni.

Lirik video rasmi Putus telah pun dilancarkan pada jam 9 malam, semalam di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment.

Nabila Razali
3 minggu lalu

(TAHNIAH) Nabila Razali Raih Dua Kali Anugerah Platinum Menerusi Lagu Peluang Kedua

The post “Maaf Tiada Gimik Kali Ini..” Nabila Razali Lancar Lagu Baharu Sempena Hari Lahir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




Powered by Blogger.